top of page

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata "Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akanditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu."

 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer. Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kitaakan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan."

  • Facebook Sticker
  • Google+ Sticker

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

 

PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi & rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.Objektif SeminarMenganalisis isu dan permasalahan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia.Mengemukakan idea dan cadangan untuk menambahbaik sistem penilaian pendidikan di Malaysia.

 

 

PERLAKSANAAN PROGRAM

 

Program ini menampilkan pakar dalam bidang pendidikan untuk membentangkan kertas kerja berkaitan PBS. Selain itu, forum pendidikan juga akan diadakan sebagai platform untuk bertukar pandangan, mencari penyelesaian terhadap isu dan mengemukan cadangan bagi memperkasakan sistem pendidikan di Malaysia.

 

 

OBJEKTIF PROGRAM

 

1.  Menganalisis isu dan permasalahan sistem Pentaksiran Berasaskan              sekolah (PBS) di Malaysia.

 

2.  Mengemukakan idea dan cadangan untuk menambahbaik sistem penilaian pendidikan di Malaysia.

E-PROSIDING SPBSM 2014

Please reload

Dengan kerjasama :

Anjuran :

bottom of page